Friday 22 April 2011

halaman foto kampung

 
                                    ini merupakan petempatan yang ada di kampung titi teras.
                                    ini merupakan salah satu kedai yang ada di kampung ini.
                                            salah satu petempatan yang ada di kampung ini.
bahagian berhampiran bendang.

penempatan


 Tadika ini terletak di tepi perpustakaan desa.Ramai penduduk yang menghantar anak mereka ke sini di samping mendapat pendidikan yang baik.


Ini merupakan masjid yang ditubuhkan di kampung ini.Selain daripada menunaikan ibadah,ramai penduduk dari kampung lain yang datang ke sini untuk menghadiri majlis ilmu yang sering diadakan di masjid ini.Selain itu,ramai penceramah dari luar yang datang ke sini untuk memberi ilmu.


Bangunan yang warna biru itu adalah pusat pendidikan sekolah agama bagi sesi petang.Muridnya terdiri daripada darjah 1-5.Di sini,anak-anak mendapat didikan agama dari segi fardu ain dan fardu kifayah.



                              Tanah perkuburan yang ada di kawasan kampung titi teras.



Tanah perkuburan dari jarak jauh. 

Tuesday 19 April 2011

ASAL USUL NAMA 'TITI TERAS'




"Titi Teras" terbina daripada empat batang kayu balak yang sangat teras, merentangi sungai yang terdapat buaya di dalamnya. Sekiranya dikorek sungai tersebut hari ini, mungkin kayu yang teras itu masih ada tertimbus di dalamnya. Titi tersebut adalah perhubungan utama di zaman dahulu kerana ketika itu masih belum lagi terdapat jalan perhubungan yang lain. Sungai Mati, Titi Teras adalah tempat mengingatkan kita kepada sejarah zaman silam tentang kisah Panglima Mei atau nama sebenarnya Ismail. Apabila Panglima tersebut berulang-alik di antara Pulau Betong dan Sg Pinang, Sungai Mati ialah tempat perhentiannya. Haji Harun Rashid 72 tahun, menyatakan bahawa kata orang tua-tua dahulu Panglima ini ialah seorang yang kebal. Jadi apa sahaja yang dikehendaki mesti diperolehi dengan apa cara sekalipun. Kerana itulah ia menjadi orang buruan pihak polis. 

  Pada kali pertamanya, apabila diketahui bahawa pihak polis akan datang menangkapnya , dia telah berpesan kepada isterinya agar menjamukan mereka dengan ubi ara. Setelah memakan ubi tersebut, masing-masing menjadi mabuk lalu terselamatlah ia dari ditangkap kerana berjaya melepaskan diri. Kalau sekadar peluru biasa yang digunakan , Panglima Mei tidak akan ditembusi oleh peluru tersebut melainkan peluru emas sahaja yang menjadi sumpahan ilmu kekebalannya. Kali keduanya, dia telah diserang oleh Jemedek Ali, seorang yang berpangkat di dalam pihak polis Inggeris. Beliau telah ditikam dengan sangkoh senapang tetapi masih mempunyai kekuatan untuk menyerbunya kembali lalu membunuh Jemedak Ali ketika dalam nazaknya itu. Panglima Mei mempunyai ilmu geliga embun yang dipercayai boleh menghidupkannya selepas dua atau tiga hari.
    Jadi , dia hanya ditimbus oleh kulit-kulit pinang. Hanya isterinya sahaja yang mengetahui bahawa bahagian kepala dan badannya mesti dipisahkan dilaut untuk mematikannya selama-lamanya. Jika tidak dipisahkan laut, badan dan kepalanya akan tetap bercantum dan akan hidup semula kononnya. Tiba ke hari kedua setelah ditanamnya, pihak polis telah datang mencari isterinya dan telah berjanji untuk memberinya sara hidup kalau rahsia tentang Panglima Mei diberitahu kepada mereka. Disebabkan isterinya juga tidak bersetuju dengan sikap rahsianya lalu rahsianya pun dibocorkannya. Hanya tinggal sehari lagi untuk Panglima tersebut hidup kembali dan kulit-kulit pinang telah pun didapati berombak menandakan beliau telah pun bernafas. Pihak polis menggali dan memenggal kepalanya dan kemudiannya di bawa ke Taiping untuk dikebumikannya. Badannya disemadikan di Sungai Mati juga.

Saturday 2 April 2011

KAMPUNGKU TITI TERAS

SEJARAH TITI TERAS


  kebanyakan kawasan penempatan di sini ialah secara berselerak sesuai dengan statusnya sebagai sebuah kawasan perkampungan. Di samping itu, boleh dikatakan setiap penduduk di sini membina rumah mereka di atas tanah sendiri.


Keunikan dan keistimewaan Kampung Titi Teras ialah pada sejarahnya yang berkait rapat dengan aliran sungai yang berpunca daripada kawasan air terjun berhampiran. Air terjun ini merupakan kawasan pengekalan alam semula jadi yang masih dipelihara sehingga kini.

   Kehidupan penduduk di Kampung Titi Teras seperti juga penduduk di kampung-kampung sekitar. Masing-masing masih mengamalkan cara hidup kampung. Ini membuktikan penduduk kampung di sini masih lagi mengekalkan adat resam Melayu.


  Kampung Titi Teras terletak di Daerah Barat Daya Negeri Pulau Pinang. Untuk ke Kampung Titi Teras, pengunjung perlu melalui Pekan Balik Pulau terlebih dahulu. Pengunjung tidak perlu khuatir kerana terdapat papan tanda masuk ke Kampung Titi Teras yang mudah untuk dilihat. Papan tanda yang diperuntukkan oleh Qariah Kampung Titi Teras kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Titi Teras bertujuan untuk memudahkan pengunjung sampai ke kampung ini.