SEJARAH TITI TERAS
kebanyakan kawasan penempatan di sini ialah secara berselerak sesuai dengan statusnya sebagai sebuah kawasan perkampungan. Di samping itu, boleh dikatakan setiap penduduk di sini membina rumah mereka di atas tanah sendiri.
Keunikan dan keistimewaan Kampung Titi Teras ialah pada sejarahnya yang berkait rapat dengan aliran sungai yang berpunca daripada kawasan air terjun berhampiran. Air terjun ini merupakan kawasan pengekalan alam semula jadi yang masih dipelihara sehingga kini.
Kehidupan penduduk di Kampung Titi Teras seperti juga penduduk di kampung-kampung sekitar. Masing-masing masih mengamalkan cara hidup kampung. Ini membuktikan penduduk kampung di sini masih lagi mengekalkan adat resam Melayu.
Kampung Titi Teras terletak di Daerah Barat Daya Negeri Pulau Pinang. Untuk ke Kampung Titi Teras, pengunjung perlu melalui Pekan Balik Pulau terlebih dahulu. Pengunjung tidak perlu khuatir kerana terdapat papan tanda masuk ke Kampung Titi Teras yang mudah untuk dilihat. Papan tanda yang diperuntukkan oleh Qariah Kampung Titi Teras kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Titi Teras bertujuan untuk memudahkan pengunjung sampai ke kampung ini.
No comments:
Post a Comment